Pages

Tuesday 13 November 2012

Tindakan Tatatertib Dengan Tujuan Buang Sekolah

Lampiran F.


CONTOH SURAT KEPUTUSAN TINDAKAN TATATERTIB BUANG SEKOLAH

Sek. Men. Keb. Alam Semesta,
Bendang Basah,
35500 Tanjung Rambutan.
 
SMS/BB/S/SULIT/1/(3)
Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 )
Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta                       30 Safar 1412
3550 Tanjung Rambutan.                                                            9 September, 1991
Tindakan Tatatertib Dengan Tujuan Buang Sekolah
Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 ) Tingkatan 3A6
Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959

Saya dengan ini merujuk kepada pertuduhan melanggar disiplin terhadap kamu melalui surat saya kepada kamu SMS/BB/S/SULIT/1/(2) bertarikh 26.8.1991. 
1.        Setelah menimbangkan jawapan bertulis kamu yang telah kamu kemukakan saya telah berpuas hati bahawa kamu telah melakukan perbuatan yang dipertuduhkan dan bersalah terhadap pertuduhan melanggar disiplin tersebut. 
2.        Oleh kerana kamu telah didapati bersalah terhadap pertuduhan yang dinyatakan di atas, saya berpuas hati bahawa adalah perlu dan sesuai untuk tujuan mengekalkan disiplin di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan, kamu dengan ini dibuang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan dan keputusan ini berkuatkuasa serta-merta. 
3.        Kamu dengan ini adalah dibuang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan dengan serta-merta mulai 19.9.1991. 
4.        Sila tandatangani akuan terima surat pertuduhan ini menggunakan borang
 Lampiran J seperti yang disertakan bersama-sama ini.
t.t.
( KHAMIS BIN JUMAAT )
Pengetua,
Sek. Men. Kebangsaan Alam Semesta,
35500 Tanjung Rambutan.


1.        Pendaftar Sekolah-Sekolah
Jabatan Pendidikan Perak,
Jalan Tun Abdul Razak
30640 Ipoh.

2.        Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kinata,
Lebuh Cator,
30450 Ipoh.

3.        Encik Abdul Bin Abdullah
Rumah Awam Seri Melati,
35500 Tanjung Rambutan


Mengikut Peraturan 10 (1) Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, tuan boleh merayu terhadap keputusan membuang sekolah anak tuan Rusli Bin Abdul mulai daripada 19.9.1991 kepada Pendaftar Sekolah-Sekolah seperti alamat di atas dalam tempoh 30 hari selepas menerima surat ini.

CONTOH SURAT KEPUTUSAN TINDAKAN TATATERTIB BUANG SEKOLAH.


CONTOH SURAT KEPUTUSAN TINDAKAN TATATERTIB BUANG SEKOLAH.


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALAM SEMESTA
BENDANG BASAH
35500 TANJUNG RAMBUTAN.
 



SMS/BB/S/SULIT/1/(2)
Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 )
Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta                       16 Safar 1412
3550 Tanjung Rambutan.                                                            26 Ogos, 1991


Pertuduhan Tatatertib Dengan Tujuan Buang Sekolah
Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 ) Tingkatan 3A6
Mengikut Peraturan 8 (a) Peraturan-Peraturan Pelajaran
( Disiplin Sekolah ) 1959.
 


Saya dengan ini memaklumkan, di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 yang diwartakan sebagai LN 61/1959 bertarikh 20.2.1959 bahawa tanggungjawab disiplin terhadap murid-murid sekolah adalah terletak pada pengetua sekolah.

2.     Saya dengan ini memaklumkan bahawa, kamu dengan ini dipertuduhkan dengan tuduhan melanggar disiplin seperti berikut  :

“ Bahawa kamu, Rusli B, Abdul ( KP : A1234567 ) pada 23.8.1991 jam lebih kurang pukul 10.00 pagi, berhampiran dengan Makmal Fizik, Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan, telah menumbuk guru kamu, iaitu Encik Sabtu B. Ahad seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah, 35500 Tanjung Rambutan, dengan itu kamu telah melakukan perbuatan tidak menghormati guru, satu perbuatan salahlaku, di bawah Peraturan 5 (B) Bab XI, Undang-Undang dan Peraturan Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semsta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan.”

3.       Dibawah peraturan 8 (a), Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959,  sekiranya didapati bahawa adalah perlu dan sesuai untuk tujuan mengekalkan disiplin dan ketenteraman sekolah, di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan, kamu boleh dibuang dari sekolah sekiranya kamu didapati bersalah mengikut pertuduhan yang tersebut di atas.

4.   Untuk membolehkan saya membuat keputusan sama ada kamu bersalah terhadap tuduhan yang tersebut di atas dan sama ada kamu patut dibuang sekolah atau tidak, kamu dengan ini dikehendaki mengemukakan jawapan secara bertulis terhadap pertuduhan tersebut dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh kamu menerima surat ini.

5.    Jika sekiranya tiada apa-apa jawapan diterima daripada kamu dalam tempoh empat belas (14) hari seperti yang tersebut di atas, saya akan membuat keputusan berdasarkan apa-apa maklumat yang ada pada saya mengenai pertuduhan tersebut, dan keputusan yang akan saya buat itu mungkin keputusan buang sekolah.

6.      Jawapan bertulis kamu itu hendaklah dialamatkan kepada :

Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semsta,
Bendang Basah,
35500 Tanjung Rambutan.

7.    Sila tandatangani akuan terima surat pertuduhan ini menggunakan borang Lampiran J seperti yang disertakan bersama-sama ini.




t.t.
( KHAMIS BIN JUMAAT )
Pengetua,
Sek. Men. Kebangsaan Alam Semesta,
35500 Tanjung Rambutan.


s.k.  

1.        Pendaftar Sekolah-Sekolah
Jabatan Pendidikan Perak,
Jalan Tun Abdul Razak
30640 Ipoh.

2.        Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kinata,
Lebuh Cator,
30450 Ipoh.

3.        Encik Abdul Bin Abdullah
Rumah Awam Seri Melati,
35500 Tanjung Rambutan

CONTOH SURAT GANTUNG SEKOLAH


Lampiran D

CONTOH SURAT GANTUNG SEKOLAH UNTUK TUJUAN
PENYIASATAN SEHINGGA TINDAKAN TATATERTIB SELESAI.


Sek Men Keb Alam Semesta
Bendang Basah
35500 Tajung Rambutan.
 

SMS/BB/S/SULIT/1/(1)
Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 )
Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta            16 Safar 1412
3550 Tanjung Rambutan                                                 26 Ogos, 1991

Tindakan Gantung Sekolah
Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 ) Tingkatan 3A6
Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959.


Saya dengan ini memaklumkan, di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 yang diwartakan sebagai LN 61/1959 bertarikh 20.2.1959 bahawa tanggungjawab disiplin terhadap murid-murid sekolah adalah terletak pada pengetua sekolah.

1.        Oleh itu dalam menjalankan kuasa saya di bawah Peraturan tersebut, sebagai Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semsta, Bendang Basah, 35500 Tanjung Rambutan di bawah Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah)  1959, saya berpuas hati bahawa untuk tujuan mengekalkan disiplin dan kententeraman di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan, bahawa kamu, Rusli Bin Abdul, digantung daripada persekolahan mulai 26 Ogos, 1991 sehingga tindakan disiplin terhadap kamu selesai bagi pertuduhan seperti yang berikut :

“ Bahawa kamu, Rusli B, Abdul ( KP : A1234567 ) pada 23.8.1991 jam lebih kurang pukul 10.00 pagi, berhampiran dengan Makmal Fizik, Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semsta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan, telah menumbuk guru kamu, iaitu Encik Sabtu B. Ahad seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan, dengan itu kamu telah melakukan perbuatan tidak menghormati guru satu perbuatan salahlaku, di bawah Peraturan 5 (B) Bab XI, Undang-Undang dan Peraturan Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan.”

2.       Sekiranya kamu tidak mematuhi perintah yang dibuat ini, atau melanggar perintah ini, kamu boleh dikenakan penalty Peraturan 14, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, iaitu dikenakan denda tidak lebih daripada RM1,000.00 ( Ringgit Malaysia seribu sahaja), atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-dua denda dan penjara tersebut.


3.        Sila tandatangan akuan terima surat gantung persekolah ini menggunakan borang Lampiran J seperti yang disertakan bersama-sama ini.




t.t.
( KHAMIS BIN JUMAAT )
Pengetua,
Sek. Men. Kebangsaan Alam Semesta,
35500 Tanjung Rambutan.


s.k.  

1.        Pendaftar Sekolah-Sekolah
Jabatan Pendidikan Perak,
Jalan Tun Abdul Razak
30640 Ipoh.

2.        Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kinata,
Lebuh Cator,
30450 Ipoh.

3.        Encik Abdul Bin Abdullah
Rumah Awam Seri Melati,
35500 Tanjung Rambutan