Lampiran
D
CONTOH
SURAT GANTUNG SEKOLAH UNTUK TUJUAN
PENYIASATAN
SEHINGGA TINDAKAN TATATERTIB SELESAI.
Sek Men Keb Alam Semesta
Bendang Basah
35500 Tajung Rambutan.
SMS/BB/S/SULIT/1/(1)
Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 )
Sekolah Menengah Kebangsaan Alam
Semesta 16
Safar 1412
3550 Tanjung
Rambutan
26 Ogos, 1991
Tindakan Gantung Sekolah
Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 )
Tingkatan 3A6
Peraturan-Peraturan Pelajaran (
Disiplin Sekolah ) 1959.
Saya dengan ini memaklumkan, di
bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 yang
diwartakan sebagai LN 61/1959 bertarikh 20.2.1959 bahawa tanggungjawab disiplin
terhadap murid-murid sekolah adalah terletak pada pengetua sekolah.
1.
Oleh itu dalam menjalankan kuasa
saya di bawah Peraturan tersebut, sebagai Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan
Alam Semsta, Bendang Basah, 35500 Tanjung Rambutan di bawah Peraturan-Peraturan
Pelajaran ( Disiplin Sekolah) 1959, saya berpuas hati bahawa untuk tujuan
mengekalkan disiplin dan kententeraman di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta,
Bendang Basah, Tanjung Rambutan, bahawa kamu, Rusli Bin Abdul, digantung
daripada persekolahan mulai 26 Ogos, 1991 sehingga tindakan disiplin terhadap
kamu selesai bagi pertuduhan seperti yang berikut :
“ Bahawa kamu, Rusli B, Abdul ( KP :
A1234567 ) pada 23.8.1991 jam lebih kurang pukul 10.00 pagi, berhampiran dengan
Makmal Fizik, Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semsta, Bendang Basah, Tanjung
Rambutan, telah menumbuk guru kamu, iaitu Encik Sabtu B. Ahad seorang guru di
Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan,
dengan itu kamu telah melakukan perbuatan tidak menghormati guru satu perbuatan
salahlaku, di bawah Peraturan 5 (B) Bab XI, Undang-Undang dan Peraturan Sekolah
Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan.”
2.
Sekiranya kamu tidak mematuhi
perintah yang dibuat ini, atau melanggar perintah ini, kamu boleh dikenakan
penalty Peraturan 14, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959,
iaitu dikenakan denda tidak lebih daripada RM1,000.00 ( Ringgit Malaysia seribu
sahaja), atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-dua denda dan
penjara tersebut.
3.
Sila tandatangan akuan terima surat
gantung persekolah ini menggunakan borang Lampiran J seperti yang disertakan
bersama-sama ini.
t.t.
( KHAMIS BIN JUMAAT )
Pengetua,
Sek. Men. Kebangsaan Alam Semesta,
35500 Tanjung Rambutan.
s.k.
1.
Pendaftar Sekolah-Sekolah
Jabatan Pendidikan Perak,
Jalan Tun Abdul Razak
30640 Ipoh.
2.
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kinata,
Lebuh Cator,
30450 Ipoh.
3.
Encik Abdul Bin Abdullah
Rumah Awam Seri Melati,
35500 Tanjung Rambutan
Tahniah Semangat Malaysia Boleh..mengalahkan Indonesia 2-0
ReplyDelete