Pages

Tuesday, 13 November 2012

CONTOH SURAT GANTUNG SEKOLAH


Lampiran D

CONTOH SURAT GANTUNG SEKOLAH UNTUK TUJUAN
PENYIASATAN SEHINGGA TINDAKAN TATATERTIB SELESAI.


Sek Men Keb Alam Semesta
Bendang Basah
35500 Tajung Rambutan.
 

SMS/BB/S/SULIT/1/(1)
Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 )
Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta            16 Safar 1412
3550 Tanjung Rambutan                                                 26 Ogos, 1991

Tindakan Gantung Sekolah
Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 ) Tingkatan 3A6
Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959.


Saya dengan ini memaklumkan, di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 yang diwartakan sebagai LN 61/1959 bertarikh 20.2.1959 bahawa tanggungjawab disiplin terhadap murid-murid sekolah adalah terletak pada pengetua sekolah.

1.        Oleh itu dalam menjalankan kuasa saya di bawah Peraturan tersebut, sebagai Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semsta, Bendang Basah, 35500 Tanjung Rambutan di bawah Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah)  1959, saya berpuas hati bahawa untuk tujuan mengekalkan disiplin dan kententeraman di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan, bahawa kamu, Rusli Bin Abdul, digantung daripada persekolahan mulai 26 Ogos, 1991 sehingga tindakan disiplin terhadap kamu selesai bagi pertuduhan seperti yang berikut :

“ Bahawa kamu, Rusli B, Abdul ( KP : A1234567 ) pada 23.8.1991 jam lebih kurang pukul 10.00 pagi, berhampiran dengan Makmal Fizik, Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semsta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan, telah menumbuk guru kamu, iaitu Encik Sabtu B. Ahad seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan, dengan itu kamu telah melakukan perbuatan tidak menghormati guru satu perbuatan salahlaku, di bawah Peraturan 5 (B) Bab XI, Undang-Undang dan Peraturan Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan.”

2.       Sekiranya kamu tidak mematuhi perintah yang dibuat ini, atau melanggar perintah ini, kamu boleh dikenakan penalty Peraturan 14, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, iaitu dikenakan denda tidak lebih daripada RM1,000.00 ( Ringgit Malaysia seribu sahaja), atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-dua denda dan penjara tersebut.


3.        Sila tandatangan akuan terima surat gantung persekolah ini menggunakan borang Lampiran J seperti yang disertakan bersama-sama ini.




t.t.
( KHAMIS BIN JUMAAT )
Pengetua,
Sek. Men. Kebangsaan Alam Semesta,
35500 Tanjung Rambutan.


s.k.  

1.        Pendaftar Sekolah-Sekolah
Jabatan Pendidikan Perak,
Jalan Tun Abdul Razak
30640 Ipoh.

2.        Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kinata,
Lebuh Cator,
30450 Ipoh.

3.        Encik Abdul Bin Abdullah
Rumah Awam Seri Melati,
35500 Tanjung Rambutan 

1 comment: