CONTOH
SURAT KEPUTUSAN TINDAKAN TATATERTIB BUANG SEKOLAH.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALAM
SEMESTA
BENDANG BASAH
35500 TANJUNG RAMBUTAN.
SMS/BB/S/SULIT/1/(2)
Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 )
Sekolah Menengah Kebangsaan Alam
Semesta
16
Safar 1412
3550 Tanjung
Rambutan.
26 Ogos, 1991
Pertuduhan Tatatertib Dengan Tujuan Buang Sekolah
Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 )
Tingkatan 3A6
Mengikut Peraturan 8 (a)
Peraturan-Peraturan Pelajaran
( Disiplin Sekolah ) 1959.
Saya dengan ini memaklumkan, di
bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 yang
diwartakan sebagai LN 61/1959 bertarikh 20.2.1959 bahawa tanggungjawab disiplin
terhadap murid-murid sekolah adalah terletak pada pengetua sekolah.
2. Saya
dengan ini memaklumkan bahawa, kamu dengan ini dipertuduhkan dengan tuduhan
melanggar disiplin seperti berikut :
“ Bahawa kamu, Rusli B, Abdul ( KP :
A1234567 ) pada 23.8.1991 jam lebih kurang pukul 10.00 pagi, berhampiran dengan
Makmal Fizik, Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah, Tanjung
Rambutan, telah menumbuk guru kamu, iaitu Encik Sabtu B. Ahad seorang guru di
Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah, 35500 Tanjung
Rambutan, dengan itu kamu telah melakukan perbuatan tidak menghormati guru,
satu perbuatan salahlaku, di bawah Peraturan 5 (B) Bab XI, Undang-Undang dan
Peraturan Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semsta, Bendang Basah, Tanjung
Rambutan.”
3.
Dibawah peraturan 8 (a), Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah )
1959, sekiranya didapati bahawa adalah perlu dan sesuai untuk tujuan
mengekalkan disiplin dan ketenteraman sekolah, di Sekolah Menengah Kebangsaan
Alam Semesta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan, kamu boleh dibuang dari sekolah
sekiranya kamu didapati bersalah mengikut pertuduhan yang tersebut di atas.
4. Untuk membolehkan
saya membuat keputusan sama ada kamu bersalah terhadap tuduhan yang tersebut di
atas dan sama ada kamu patut dibuang sekolah atau tidak, kamu dengan ini
dikehendaki mengemukakan jawapan secara bertulis terhadap pertuduhan tersebut
dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh kamu menerima surat ini.
5. Jika sekiranya
tiada apa-apa jawapan diterima daripada kamu dalam tempoh empat belas (14) hari
seperti yang tersebut di atas, saya akan membuat keputusan berdasarkan apa-apa
maklumat yang ada pada saya mengenai pertuduhan tersebut, dan keputusan yang
akan saya buat itu mungkin keputusan buang sekolah.
6.
Jawapan bertulis kamu itu hendaklah dialamatkan kepada :
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Alam
Semsta,
Bendang Basah,
35500 Tanjung Rambutan.
7. Sila
tandatangani akuan terima surat pertuduhan ini menggunakan borang Lampiran J
seperti yang disertakan bersama-sama ini.
t.t.
( KHAMIS BIN JUMAAT )
Pengetua,
Sek. Men. Kebangsaan Alam Semesta,
35500 Tanjung Rambutan.
s.k.
1.
Pendaftar Sekolah-Sekolah
Jabatan Pendidikan Perak,
Jalan Tun Abdul Razak
30640 Ipoh.
2.
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kinata,
Lebuh Cator,
30450 Ipoh.
3.
Encik Abdul Bin Abdullah
Rumah Awam Seri Melati,
35500 Tanjung Rambutan
terima kasih tuan.bnyk membantu
ReplyDeleteini surat pertuduhan buang..ini bukan surat pembuangan.. mohon bagi contoh surat pembuangan sekolah..
ReplyDelete
ReplyDeleteSMS/BB/S/SULIT/1/(3)
Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 )
Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta 30 Safar 1412
3550 Tanjung Rambutan. 9 September, 1991
Tindakan Tatatertib Dengan Tujuan Buang Sekolah
Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 ) Tingkatan 3A6
Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959.
Saya dengan ini merujuk kepada pertuduhan melanggar disiplin terhadap kamu melalui surat saya kepada kamu SMS/BB/S/SULIT/1/(2) bertarikh 26.8.1991.
1.Setelah menimbangkan jawapan bertulis kamu yang telah kamu kemukakan, saya telah berpuas hati bahawa kamu telah melakukan perbuatan yang dipertuduhkan dan bersalah terhadap pertuduhan melanggar disiplin tersebut.
1.Oleh kerana kamu telah didapati bersalah terhadap pertuduhan yang dinyatakan di atas, saya berpuas hati bahawa adalah perlu dan sesuai untuk tujuan mengekalkan disiplin di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan, kamu dengan ini dibuang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan dan keputusan ini berkuatkuasa serta-merta.
1.Kamu dengan ini adalah dibuang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan mulai 19.9.1991.
4. Mengikut Peraturan 10 (1) Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, tuan boleh merayu terhadap keputusan membuang sekolah anak tuan Rusli bin Abdul mulai daripada 19.9.1991 kepada Pendaftar Sekolah-Sekolah seperti alamat di atas dalam tempoh 30 hari selepas menerima surat ini.
1.Sila tandatangani akuan terima surat pertuduhan ini menggunakan borang Lampiran J seperti yang disertakan bersama-sama ini.
t.t.
( KHAMIS BIN JUMAAT )
Pengetua,
Sek. Men. Kebangsaan Alam Semesta,
35500 Tanjung Rambutan.
s.k.
1.Pendaftar Sekolah-Sekolah
Jabatan Pendidikan Perak,
Jalan Tun Abdul Razak
30640 Ipoh.
1.Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kinta,
Lebuh Cator,
30450 Ipoh.
1.Encik Abdul bin Abdullah
Rumah Awam Seri Melati,
35500 Tanjung Rambutan